Showing posts with label ribbons. Show all posts
Showing posts with label ribbons. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

ribbon rolled flower

assalamualaikum crafter,

lama tak jumpa! however, hari ni punya post will be just a short one.hehe.. lagipun memang tak bercadang nak bebel panjang panjang. first time update dr hand phone, tak tau camne nk type after attach gbr.huhu..

beberapa hari lepas saya sempat siapkan rosette dari ribbon. initially riben riben ni saya beli untuk balut handle hb, tapi tak jadi pakai yang ni. dah beberapa lama jgk terperap kat kampung. akhirnya ada rezeki buat roses! jom tengok

Friday, February 24, 2012

gift bags

assalamualaikum,

hari penting dalam hidup saya dah tak lama lagi. macam macam sebenarnya yang saya tak buat. bila fikir, memang serabut. nak pulak bila saya dah buat keputusan untuk buat bunga telur dan gift bags sendiri, nak diy sendiri sahaja dgn harapan ianya akan jadi lebih personal kalau saya yang buat sendiri.. saya harap saya sempat siapkan semuanya. susah hati banyak banyak pun tak ada guna jugak kan. huhu.. hari ni nak kongsi sikit gift bags yang saya cadang nak bagi pada tetamu. setakat ni baru 200 je dah siap. baaaanyak lagi yang belum.huwa... doakan saya!!

memang sebenarnya saya imajinkan majlis yang sangat simple, tapi personal. saya ni jenis yang kurang gemar dengan majlis majlis yang mewah grand dan sebagainya. saya imajinkan majlis yang manis, santai, dan yang penting baaaaanyak diy craft supaya ianya nampak comel. hehe... jadi, saya anggap gift bag yang saya buat ni kena dengan apa yang saya impikan (walaupun saya tau takdelah cantik mana..)

bahannya cuma brown paper bag, doily, stamping, dan crepe paper. setelah saya kira-kira, kos untuk satu gift bag tu kurang dari 10sen! untuk sepuluh keping, kos saya baru lebih kurang 80sen! save budget betul!!! hehe... close up siket ye?

untung juga saya memang dah ada border and alphabet stamps tu. tinggal stampkan sahaja atas doily dan tampal atas brown paper bag. crepe paper saya buatkan riben kecil sebagai hiasan. cuma kerja stamping tu je yang letih sikit. hehe..

itu saje, see ya crafters!!

wall art


assalamualaikum..

kali ni nak cerita tentang wall art. wall art ni saya gantung dalam bilik saya kat bilik guru. material yang sya guna cuma soft mounting board warna putih sebagai latar belakang. kemudian scrap fabric tu saya beli bundle pack dari kelly from fabric fanatics. comel gile cotton dgn linen yang saya dapat. masa pilih tu pun dah rambang mata. hehe.. patterned papers pulak saya dapatkan dari daiso yang sebenarnya kertas untuk lipatan origami. memang gile cantik lah dia punya patterns!!! :)

and then saya buat bunga kertas carnation tu dari crepe paper. senang je nak buat dia, cuma perlu stapler dan air. nanti ada masa saya tunjukkan tutorial ok? hehe..belagak!! dan lebihan kertas tu saya lipat kecil kecil jadi ribbon warna pink. crepe paper tu double sided coloures. depan kaler pink, belakangnya warna merah, murah je.. lebih sikit dari 1 yard cuma seringgit!! so.. terhasillah wall art ni, baru first time buat.hehe..

itu je untuk hari ini, sekian terima kasih.. have a nice day everyone!!!
:)