Showing posts with label lace. Show all posts
Showing posts with label lace. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

card birthday untuk mok

assalamualaikum semua orang..

harini arijadi mok. siapa mok? mok ni kawan saya. malam tadi dah baring baring redi nak tidur tetiba saya teringat pulak hari jadi dia. bergegas la i bangun nebes sebab tak prepare adiah! hoho!!! so i decided to make her one simple card. memang simple la kan, sebab tak sampai setengah jam saya dah masuk bilik smula nak sambung tidur. hehe..
at least last night was not a waste at all.. :)


semua main tampal sahaja guna glue gun. hehe..sebab tu cepat siap. sebab semua appliques tu saya dah buat, simpan dalam kotak. jadi tinggal pilih dan tampal sahaja atas kertas keras. well, bunga pink celeket dari foam tu originally was not there. saya tinggalkan ruang tu kosong untuk tulis 'happy birthday'. and initially was to give the card a breathable look sikit.

and since saya guna cardstock kaler grey, saya kena la tulis guna metallic pen yang nampak macam silver or gold. then baru tringat pen silver and gold saya tertinggal kat rumah mother in law masa buat guestbook wedding aritu. huhu...

takde pilihan lain i have to tampal la dengan apa yang ada. hehe..

btw, selamat hari jadi yang ke 28 mok!! (nurruldayana abu hasan) :)

Thursday, May 17, 2012

guestbook cover

assalamualaikum crafters! :)

hari ni nak cerita pasal balut buku. wee..dah lama tak buat projek book cover. malam ni saya menyempatkan diri untuk siapkan satu book cover. as for book cover, i always tend to go for simple breathable look. maksudnya, saya suka buat yang ada ruang kosong. pada saya, nampak buku tu tak crowded dan tenang. ecewah.. hehe.. jom tengok!


oke, ini cover buku yang saya siapkan malam ni. sangat simple macam saya cakap tadi kan? :)


close up sikit so that boleh nampak embellishment yang saya letak. macam biasanya saya suka balut buku dengan cotton scrap. kali ni saya pilih brown polka dot. :)

tanya kenapa ada initial H & F tu? sebab.... ini wedding guestbook saya. hahaha!!!

ok, till then semorang, i love u... :)

assalamualaikum

Sunday, May 13, 2012

hand bouquet dan wedding card

assalamualaikum crafters!! selamat hari ibu ya... :) hari ni saya ada di kampung, awal pagi lagi emak dan abah dah keluar pergi lawat rumah orang meninggal, so tinggal saya kat rumah. disebabkan hari ni hari ibu, saye ambikla hati mak siket dgn mengemas tumah, membasuh baju dan memasak. kekeke... adakah sebelum ini semua perkara itu jarang dilakukan?? jeng jeng jeng...

 sebelum mak keluar dia ada pesan, hari ni tak payah keluar gi memana, siapkan apa-apa lagi kerja yang belum selesai. maksud beliau ialah persiapan majlis saya yang selalu saya tangguh tangguhkan itulah. hoho!!! dan akibatnya, saya pun gigih memotong ribbon untuk bunga telur dan menyiapkan finishing touch hand bouquet saya. yang brown pink untuk reception, yg brown gold untuk solemnization. okeh, ini bukanlah blog b2b, tapi craft ye! so reason saya sebenarnya ialah nak tunjuk final fabric hb saya yang saya dok canang canang sebelum ni tuuuu...haha! gedik! akhirnya siap jugak, alhamdulillah.. :)


sesungguhnya conform cap sirim saya tak ada bakat!!! grrrr!!!

 dan ini pulak display scrap page yang saya buat untuk diletakkan atas meja guestbook, just buat accessory je. lagipun, kad kahwin tu macam very nostalgic untuk saya. jadi saya rasa tak salah untuk saya buat camtu jadik kenangan sikeet..hehe..


saya sangat suka pink lace itu! hehe.. itu saje crafters, see you again kalau ada projek baru. kalau la.eceh.. 

assalamualaikum..

Tuesday, February 28, 2012

fabric hand bouquet

assalamualaikum,
waktu saya jalan jalan di internet, saya came across this page about handmade hand bouquet: filmshortartifact. saaaangat cantiikk!!! jadinya saya secara tak sengaja telah berikrar untuk diy official HB saya sendiri! hoho..keputusan yang sangat berani di situ!!! ala, kalau tak jadi pun, at least i've tried. pastu kalau disaster, i can always run to the nearest florist. hehe.. ini ada sedikit contoh HB yang diorang buat gunakan laces, satin and cotton:

ohsocantek kaaannn???? :)
fb diorang di SINI, dan blog diorang klik SINI. berkat kejelesan saya, saya mula menjahit yoyo dan lace flowers saya sendiri untuk sekadar cubaan. dengan scrap fabric yang ada, i managed to accomplished some.


nanti bila dah siap my first imitation, versi saya, baru saya upload lagi ye? :) wish me luck, taking this baby step! <3<3

sending some love today
see you darling!

Wednesday, February 22, 2012

notebook cover


assalamualaikum..

entri cubaan yang pertama untuk craft blog yang baru saya tubuhkan. saya sangat berminat dengan craf. tetapi kawan-kawan di sekeliling saya tidak ada yang berkongsi kesukaan sama dengan saya. sebelum ni tak pernah tergerak pun nak mencuba untuk adakan blog craft ni. tapi bila fikirkan, mungkin ada mudahnya kerana dengan blog saya lebih senang dapatkan bahan-bahan craft disamping boleh bertukar idea dan pendapat, saya cuba. hasilnya, blog ini :)

masih banyak lagi yang saya perlu belajar tentang prosedur atau etika berada di dalam kelompok crafting blog. jujurnya saya memang sudah sedia ada blog lain, blog yang cuma menceritakan kisah-kisah biasa. terfiki juga, kalau saya buat satu craft blog, nak ke crafter lain terima saya dalam circle mereka? nak ke mereka jengukdan follow atau comment di blog saya? uhu.. saya sangat segan! lagipun saya tidaklah berbakat mana, sekadar baru mahu belajar-belajar. bukanlah berseni sangat macam orang lain..

tapi saya teringat kata-kata "if you are not willing to risk the unusual, you will have to settle for the ordinary." oh.. tak apalah, saya cuba!

to established crafters yang di luar tu, hari ini hari pertama saya ada craft blog. header pun entah apa-apa tu. nanti ada waktu lebih sedikit baru saya edit lain. sementara itu, gambar diatas adalah projek notebook cover yang saya buat. meh saya ceritakan sikit:

asalnya hanyalah buku free yang saya dapat waktu beli instant nescafe. ada masa lapang sedikit hari tu, saya bermula dengan balut biasa sahaja dengan wrapping paper. kemudian, lace merah itu saya dapat dari satu kedai jahit di Kompleks PKNS Shah Alam (saya dah lupa namanya, tapi dia di first floor berdepan escalator.) pink lace ribbon itu pula saya beli di Daiso. buttons tu sekadar lebihan dari craft lama yang masih ada dalam botol buttons. rhinestones saya beli di MPH. bunga dua kuntum tu asalnya ialah earings, dibuat daripada polyester felt. murah je, tiga set RM10 saya dapatkan di kedai ZING Sunway Pyramid. tapi saya bukan jenis pakai earing pun, so saje beli memang khusus untuk buat craft. hehe..

itu sajelah untuk entri pertama, bolehkan terima saya??
:)