Sunday, January 27, 2013

ribbon rolled flower

assalamualaikum crafter,

lama tak jumpa! however, hari ni punya post will be just a short one.hehe.. lagipun memang tak bercadang nak bebel panjang panjang. first time update dr hand phone, tak tau camne nk type after attach gbr.huhu..

beberapa hari lepas saya sempat siapkan rosette dari ribbon. initially riben riben ni saya beli untuk balut handle hb, tapi tak jadi pakai yang ni. dah beberapa lama jgk terperap kat kampung. akhirnya ada rezeki buat roses! jom tengok

Friday, October 19, 2012

felt dan cotton fabric hand bouquets

assalamualaikum crafters..

minggu lepas saya buat dua hand bouquets. seriously, saya tak ada tempahan hb pun, entah kenapa hati rasa geddiiiikkkk sangat nak buat hb. hehe.. sebenarnya saya sangat teringin nak buat pearl hand bouquet. tapi saya belum jumpa masa nak keluar dan beli manik or pearls.. insyaAllah someday la.. so, meh saya kongsi hb yang saya buat weekend lepas.







ada satu lagi tempahan hb yang saya belum sempat siapkan untuk majlis kawan saya hujung november ni. dia request rolled roses guna chiffon + pearl dalam warna off white + silver. insyaAllah nanti dah buat saya apdet lain ye! :)

p/s : dua dua hb dalam gambar xde sape punya. ada yang nak? hehe..

Saturday, October 13, 2012

sirih junjung dalam pasu

assalamualaikum crafters!

minggu lepas saya dapat tempahan buat sirih junjung. memula tu memang rasa tak nak ambik sebab tak pernah buat pun. sirih junjung hantaran saya hari tu pun emak yang tolong buatkan. hehe..
tapi bila dia kata semua bahan dia bagi, saya fikir ok lah kot.. saya try.

tapi bila dah dapat brg, dia cuma bagi span, pasu dengan bunga. takde jarum peniti, lidi, pelilit bunga dan lain-lain barang yang perlu. soooo... saya macam agak kecewa juga, cemana nih??? last last buat je lah mana yang mampu dengan bahan yg scarce. cmni la jadiknya



ni waktu in progress, span bunga tu saya potong dua. satu saya biarkan empat segi, satu lagi saya potong bulat kecil. buat tower

last last jadik camni la. hehe..


ni view dari atas.

so... cmtu la hasil pertama kali saya buatkan sirih junjung orang nak bertunang.. :)

Monday, October 1, 2012

hand bouquet - printed cotton series

assalamualaikum, and good day crafters!

hb yang saya buat kali ni sebenarnya tak ada sesapa yang tempah pun.. tapi saya tengok macam agak banyak stok scrap printed cotton fabric saya yang kecik-kecik kat dalam kotak. tak besar pun kain percanya. semuanya adalah dalam saiz kecik sikit dari A4 paper. jadiknya saya terfikir baik saya jahitkan saje.

lepas jahit sunflower, mula mula ingat nak buat brooch. tapi glue gun dipinjam oleh kawan saya, jadiknya takde senjata nak gluekan pin pada bunga. so last resort saya cantumkan je terus dengan dawai, buat hb ajelah walaupun takde tempahan dah. hehe.. jadi inilah hasilnya..


sape nak? saya let go. harga negotiable. heheh... ni kalau pegang time nikah ke sanding ke pakai baju krim or putih or peach or pastel pink or light yellow mesti shuuuwwweeettt sangat!

yang ini pulak masih dalam progress. pun kerana saja2 buat sambil tengok tv..


haritu masa kahwin ada terfikir nak buat tema bilik warna pink kuning tapi tak jadik. petang tadi try match2 kan kain, rasa macam cun melecun pulak gabungan dua kaler ni. macam cotton candy. hehe.. oh ye, abaikan benang hijau takde kena mengena tersebut.

that's all for today folks! till then, take care! :)

Monday, September 24, 2012

diy fabric handbouquets (bunga tangan pengantin)

assalamualaikum smua..

hari ni nak kongsi apa yang saya buat sepanjang hari ahad semalam. actually saya dapat order dari mak andam yang make up masa saya sanding aritu (cik mas) untuk buat tiga set hand bouquets as some stocks kat kedai dia. minggu lepas dah balik kampung untuk ambik kain. ye, dia request untuk gunakan kain yg dia bagi.

at first masa memula dapat tengok kain yang dia bagi, to be frankly honest i was quite dissappointed. sebab kainnya tu kain satin dengan silk. aloo... eden lomah sikek nak jait bunga guna satin ni.. saya biasa jahit bunga hb guna cotton. masa buat hb sendiri untuk sanding aritu begitu lama masa saya spent sebab saya gigih guna satin untuk dapatkan effect shining shining gitu.. cewah! yang silk tuh, tak pernah try lagi. and bila dah try masa buat hb acik ni, huk aloh.. agak meletihkan dan kengkadang memutuskan asaku! hehe..

gabungan warna pun, acik tu request jugak. maka terhasillah gabungan kaler pepel & pink belacan (ni saya belajar dari cik mas! hehe..) biru & kuning dan merah & putih.


agak mudah kerja saya sebab cik mas tak nak handle skali. dia just nak setangkai2 camtu so that dia boleh mix and match ikut tema pengantin dia nanti. hm..very tactful cik mas!! hehe... alhamdulillah, saya mula menjahit selepas subuh, petang dalam pukul 5.30 semua dah selesai..

Friday, August 10, 2012

sampul duit raya 2012

assalamualaikum crafters!

selamat memasuki fasa ke 3 ramadhan. semuaga mendapat keberkatanNYA ye? :)
hari ni kat sekolah ada masa terluang sikit sebelum balik, so saya pun gatal gatal tangan lipat kertas untuk mengelakkan diri sendiri dari doozed off. hehe.. saya buat sampul duit raya sendiri. sempat la pulak snap snap gambar kn.. so kire nak buat entri tutorial la ni kaedahnye..

1) sediakan bahan-bahan yg perlu. A4 paper warna kegemaran kamu, blade, doilies dan gam. itu je.

2) potong A4 paper kepada 2 bahagian dan kemudian lipat tiga pulak. gamkan bahagian yang bersambung lepas lipat tiga tadi.



3) lipatkan doily bulat kepada dua bahagian, dan gamkan di sampul menutup bahagian yang terbuka (mulut sampul tu)


4) biarkan doili bahagian atas sampul (tempat korang nak masukkn duit raya tu la) digamkan separuh sahaja, iaitu pada bahagian muka depan sampul. dia akan jadik camni

5) bahagian muka hadapan sampul duit raya berkenaan akan kelihatan seperti ini

6) bahagian belakangnya (tempat terbuka untuk korang isi duit raya) pulak nampak cemni


tadaaaa...dah jadik! hehe.. memang sengaja saya lukis bentuk love tu sebab nak bezakan mana satu penutup sampul yang boleh dibukak. nanti bila dah isi duit raya, bolehla korang letakkan gam sikit untuk seal dia terus.

tapi kan, pastu nanti bila dah dapat duit raya tu, bebudak koyak pulak sampul cantik ni. halahai....huhu, sedih! rasanya kalau saya letak disclaimer 'sila simpan atau pulangkan semula sampul' bole ke? hehe..

Wednesday, July 18, 2012

card birthday untuk mok

assalamualaikum semua orang..

harini arijadi mok. siapa mok? mok ni kawan saya. malam tadi dah baring baring redi nak tidur tetiba saya teringat pulak hari jadi dia. bergegas la i bangun nebes sebab tak prepare adiah! hoho!!! so i decided to make her one simple card. memang simple la kan, sebab tak sampai setengah jam saya dah masuk bilik smula nak sambung tidur. hehe..
at least last night was not a waste at all.. :)


semua main tampal sahaja guna glue gun. hehe..sebab tu cepat siap. sebab semua appliques tu saya dah buat, simpan dalam kotak. jadi tinggal pilih dan tampal sahaja atas kertas keras. well, bunga pink celeket dari foam tu originally was not there. saya tinggalkan ruang tu kosong untuk tulis 'happy birthday'. and initially was to give the card a breathable look sikit.

and since saya guna cardstock kaler grey, saya kena la tulis guna metallic pen yang nampak macam silver or gold. then baru tringat pen silver and gold saya tertinggal kat rumah mother in law masa buat guestbook wedding aritu. huhu...

takde pilihan lain i have to tampal la dengan apa yang ada. hehe..

btw, selamat hari jadi yang ke 28 mok!! (nurruldayana abu hasan) :)