Showing posts with label felt. Show all posts
Showing posts with label felt. Show all posts

Friday, October 19, 2012

felt dan cotton fabric hand bouquets

assalamualaikum crafters..

minggu lepas saya buat dua hand bouquets. seriously, saya tak ada tempahan hb pun, entah kenapa hati rasa geddiiiikkkk sangat nak buat hb. hehe.. sebenarnya saya sangat teringin nak buat pearl hand bouquet. tapi saya belum jumpa masa nak keluar dan beli manik or pearls.. insyaAllah someday la.. so, meh saya kongsi hb yang saya buat weekend lepas.







ada satu lagi tempahan hb yang saya belum sempat siapkan untuk majlis kawan saya hujung november ni. dia request rolled roses guna chiffon + pearl dalam warna off white + silver. insyaAllah nanti dah buat saya apdet lain ye! :)

p/s : dua dua hb dalam gambar xde sape punya. ada yang nak? hehe..

Wednesday, April 11, 2012

felt brooch pink coklat

assalamualaikum,

minggu lepas saya demam. so hari jumaat saya mc. petang khamis saya sudah pulang ke kampung. sepanjang hari jumaat, dalam demam demam tu, saya bosan ya amat! nasib baik saya angkut glue gun, felt and button balik ke kampung sekali, just in case. bebetul in case lah! hehe.. jadi saya isi masa lapang dengan buat brooch. sekejap je buatnya, dah dapat 30 biji.

maaf, kualiti gambar sangatlah tak memuaskan sebab kamera phone saje ni. dan phone saya pakai 3310 je. haha!! puas saya edit tau..hu..

pink ladies in action! :)

close up :)

lagi close up
ye, belikan saya kamera! kamera lama dah wassalamu. hihi..

Sunday, April 1, 2012

fabric hand bouquet

assalamualaikum..

ingat tak projek HB saya tu? dah ada hasilnya, tapi saya rasa  segan pulak. sebab yang saya buat tak jadik cantik macam orang lain punya, macam yang saya tengok kat internet. hehe.. percubaan pertama, saya redha saja. kahkah..

bismillahirrahmanirrahim...


er.. belasah sajalah...
saya tak kisah :)

Wednesday, February 22, 2012

notebook cover


assalamualaikum..

entri cubaan yang pertama untuk craft blog yang baru saya tubuhkan. saya sangat berminat dengan craf. tetapi kawan-kawan di sekeliling saya tidak ada yang berkongsi kesukaan sama dengan saya. sebelum ni tak pernah tergerak pun nak mencuba untuk adakan blog craft ni. tapi bila fikirkan, mungkin ada mudahnya kerana dengan blog saya lebih senang dapatkan bahan-bahan craft disamping boleh bertukar idea dan pendapat, saya cuba. hasilnya, blog ini :)

masih banyak lagi yang saya perlu belajar tentang prosedur atau etika berada di dalam kelompok crafting blog. jujurnya saya memang sudah sedia ada blog lain, blog yang cuma menceritakan kisah-kisah biasa. terfiki juga, kalau saya buat satu craft blog, nak ke crafter lain terima saya dalam circle mereka? nak ke mereka jengukdan follow atau comment di blog saya? uhu.. saya sangat segan! lagipun saya tidaklah berbakat mana, sekadar baru mahu belajar-belajar. bukanlah berseni sangat macam orang lain..

tapi saya teringat kata-kata "if you are not willing to risk the unusual, you will have to settle for the ordinary." oh.. tak apalah, saya cuba!

to established crafters yang di luar tu, hari ini hari pertama saya ada craft blog. header pun entah apa-apa tu. nanti ada waktu lebih sedikit baru saya edit lain. sementara itu, gambar diatas adalah projek notebook cover yang saya buat. meh saya ceritakan sikit:

asalnya hanyalah buku free yang saya dapat waktu beli instant nescafe. ada masa lapang sedikit hari tu, saya bermula dengan balut biasa sahaja dengan wrapping paper. kemudian, lace merah itu saya dapat dari satu kedai jahit di Kompleks PKNS Shah Alam (saya dah lupa namanya, tapi dia di first floor berdepan escalator.) pink lace ribbon itu pula saya beli di Daiso. buttons tu sekadar lebihan dari craft lama yang masih ada dalam botol buttons. rhinestones saya beli di MPH. bunga dua kuntum tu asalnya ialah earings, dibuat daripada polyester felt. murah je, tiga set RM10 saya dapatkan di kedai ZING Sunway Pyramid. tapi saya bukan jenis pakai earing pun, so saje beli memang khusus untuk buat craft. hehe..

itu sajelah untuk entri pertama, bolehkan terima saya??
:)