Friday, October 19, 2012

felt dan cotton fabric hand bouquets

assalamualaikum crafters..

minggu lepas saya buat dua hand bouquets. seriously, saya tak ada tempahan hb pun, entah kenapa hati rasa geddiiiikkkk sangat nak buat hb. hehe.. sebenarnya saya sangat teringin nak buat pearl hand bouquet. tapi saya belum jumpa masa nak keluar dan beli manik or pearls.. insyaAllah someday la.. so, meh saya kongsi hb yang saya buat weekend lepas.







ada satu lagi tempahan hb yang saya belum sempat siapkan untuk majlis kawan saya hujung november ni. dia request rolled roses guna chiffon + pearl dalam warna off white + silver. insyaAllah nanti dah buat saya apdet lain ye! :)

p/s : dua dua hb dalam gambar xde sape punya. ada yang nak? hehe..

Saturday, October 13, 2012

sirih junjung dalam pasu

assalamualaikum crafters!

minggu lepas saya dapat tempahan buat sirih junjung. memula tu memang rasa tak nak ambik sebab tak pernah buat pun. sirih junjung hantaran saya hari tu pun emak yang tolong buatkan. hehe..
tapi bila dia kata semua bahan dia bagi, saya fikir ok lah kot.. saya try.

tapi bila dah dapat brg, dia cuma bagi span, pasu dengan bunga. takde jarum peniti, lidi, pelilit bunga dan lain-lain barang yang perlu. soooo... saya macam agak kecewa juga, cemana nih??? last last buat je lah mana yang mampu dengan bahan yg scarce. cmni la jadiknya



ni waktu in progress, span bunga tu saya potong dua. satu saya biarkan empat segi, satu lagi saya potong bulat kecil. buat tower

last last jadik camni la. hehe..


ni view dari atas.

so... cmtu la hasil pertama kali saya buatkan sirih junjung orang nak bertunang.. :)

Monday, October 1, 2012

hand bouquet - printed cotton series

assalamualaikum, and good day crafters!

hb yang saya buat kali ni sebenarnya tak ada sesapa yang tempah pun.. tapi saya tengok macam agak banyak stok scrap printed cotton fabric saya yang kecik-kecik kat dalam kotak. tak besar pun kain percanya. semuanya adalah dalam saiz kecik sikit dari A4 paper. jadiknya saya terfikir baik saya jahitkan saje.

lepas jahit sunflower, mula mula ingat nak buat brooch. tapi glue gun dipinjam oleh kawan saya, jadiknya takde senjata nak gluekan pin pada bunga. so last resort saya cantumkan je terus dengan dawai, buat hb ajelah walaupun takde tempahan dah. hehe.. jadi inilah hasilnya..


sape nak? saya let go. harga negotiable. heheh... ni kalau pegang time nikah ke sanding ke pakai baju krim or putih or peach or pastel pink or light yellow mesti shuuuwwweeettt sangat!

yang ini pulak masih dalam progress. pun kerana saja2 buat sambil tengok tv..


haritu masa kahwin ada terfikir nak buat tema bilik warna pink kuning tapi tak jadik. petang tadi try match2 kan kain, rasa macam cun melecun pulak gabungan dua kaler ni. macam cotton candy. hehe.. oh ye, abaikan benang hijau takde kena mengena tersebut.

that's all for today folks! till then, take care! :)

Monday, September 24, 2012

diy fabric handbouquets (bunga tangan pengantin)

assalamualaikum smua..

hari ni nak kongsi apa yang saya buat sepanjang hari ahad semalam. actually saya dapat order dari mak andam yang make up masa saya sanding aritu (cik mas) untuk buat tiga set hand bouquets as some stocks kat kedai dia. minggu lepas dah balik kampung untuk ambik kain. ye, dia request untuk gunakan kain yg dia bagi.

at first masa memula dapat tengok kain yang dia bagi, to be frankly honest i was quite dissappointed. sebab kainnya tu kain satin dengan silk. aloo... eden lomah sikek nak jait bunga guna satin ni.. saya biasa jahit bunga hb guna cotton. masa buat hb sendiri untuk sanding aritu begitu lama masa saya spent sebab saya gigih guna satin untuk dapatkan effect shining shining gitu.. cewah! yang silk tuh, tak pernah try lagi. and bila dah try masa buat hb acik ni, huk aloh.. agak meletihkan dan kengkadang memutuskan asaku! hehe..

gabungan warna pun, acik tu request jugak. maka terhasillah gabungan kaler pepel & pink belacan (ni saya belajar dari cik mas! hehe..) biru & kuning dan merah & putih.


agak mudah kerja saya sebab cik mas tak nak handle skali. dia just nak setangkai2 camtu so that dia boleh mix and match ikut tema pengantin dia nanti. hm..very tactful cik mas!! hehe... alhamdulillah, saya mula menjahit selepas subuh, petang dalam pukul 5.30 semua dah selesai..

Friday, August 10, 2012

sampul duit raya 2012

assalamualaikum crafters!

selamat memasuki fasa ke 3 ramadhan. semuaga mendapat keberkatanNYA ye? :)
hari ni kat sekolah ada masa terluang sikit sebelum balik, so saya pun gatal gatal tangan lipat kertas untuk mengelakkan diri sendiri dari doozed off. hehe.. saya buat sampul duit raya sendiri. sempat la pulak snap snap gambar kn.. so kire nak buat entri tutorial la ni kaedahnye..

1) sediakan bahan-bahan yg perlu. A4 paper warna kegemaran kamu, blade, doilies dan gam. itu je.

2) potong A4 paper kepada 2 bahagian dan kemudian lipat tiga pulak. gamkan bahagian yang bersambung lepas lipat tiga tadi.



3) lipatkan doily bulat kepada dua bahagian, dan gamkan di sampul menutup bahagian yang terbuka (mulut sampul tu)


4) biarkan doili bahagian atas sampul (tempat korang nak masukkn duit raya tu la) digamkan separuh sahaja, iaitu pada bahagian muka depan sampul. dia akan jadik camni

5) bahagian muka hadapan sampul duit raya berkenaan akan kelihatan seperti ini

6) bahagian belakangnya (tempat terbuka untuk korang isi duit raya) pulak nampak cemni


tadaaaa...dah jadik! hehe.. memang sengaja saya lukis bentuk love tu sebab nak bezakan mana satu penutup sampul yang boleh dibukak. nanti bila dah isi duit raya, bolehla korang letakkan gam sikit untuk seal dia terus.

tapi kan, pastu nanti bila dah dapat duit raya tu, bebudak koyak pulak sampul cantik ni. halahai....huhu, sedih! rasanya kalau saya letak disclaimer 'sila simpan atau pulangkan semula sampul' bole ke? hehe..

Wednesday, July 18, 2012

card birthday untuk mok

assalamualaikum semua orang..

harini arijadi mok. siapa mok? mok ni kawan saya. malam tadi dah baring baring redi nak tidur tetiba saya teringat pulak hari jadi dia. bergegas la i bangun nebes sebab tak prepare adiah! hoho!!! so i decided to make her one simple card. memang simple la kan, sebab tak sampai setengah jam saya dah masuk bilik smula nak sambung tidur. hehe..
at least last night was not a waste at all.. :)


semua main tampal sahaja guna glue gun. hehe..sebab tu cepat siap. sebab semua appliques tu saya dah buat, simpan dalam kotak. jadi tinggal pilih dan tampal sahaja atas kertas keras. well, bunga pink celeket dari foam tu originally was not there. saya tinggalkan ruang tu kosong untuk tulis 'happy birthday'. and initially was to give the card a breathable look sikit.

and since saya guna cardstock kaler grey, saya kena la tulis guna metallic pen yang nampak macam silver or gold. then baru tringat pen silver and gold saya tertinggal kat rumah mother in law masa buat guestbook wedding aritu. huhu...

takde pilihan lain i have to tampal la dengan apa yang ada. hehe..

btw, selamat hari jadi yang ke 28 mok!! (nurruldayana abu hasan) :)

Sunday, July 15, 2012

tutorial : fabric sunflower

assalamualaikum semua...
hari ni saya tetiba ada perasaan teringin nak buat kanzashi flowers. tapi bila dah siap jahitkan semua kelopak, saya tak pandai nak pusingkan dia dan jadikkan dia berbentuk kelopak bunga tu.. senang cite saya tak pandai nak susun. hoho!!!
akhirnya, kanzashi saya jadik disaster dan saya pun mula menjahit sunflower ni.. pastu macam rajin gedik nak buat tutorial sikit. hehe... jom mula!

1) korang potong kain secara lurus sahaja lebih kurang lebar 2 inci. saya ukur pun, agak agak saje. panjangnye pulak boleh ikut selesa masing-masing. kalau nak kedut dia tu banyak, boleh lah korang potong panjang sikit..

2) pastu korang ambik belah yang terbalik (reverse side) kain tu dan libat dua. lipat sikit ke dalam dan jahitkan hujungnya macam dalam gambar ni. kalau korang ada mesin jait lagi best. saya jahit jeluhur saje, mesin jait saya kt kedai singer lagi T_T


3) pastu, dia akan jadi macam ni lah..


4) so dia akan jadi macam gelung la. seterusnya korang lipatkan ke dalam supaya dia jadik separuh dari saiz asal, macam ni. never mind la ada benang benang kain yang terkeluar tu, sebab nanti kite nak jahit dia, so dia akan tersorok.


5) jahit cantumkan bahagian yang korang lipat tadi (belah yang terkeluar benang tu. jahit jelujur sahaja. pastikan saiz jelujur tu lebih kurang sama la so that nanti kedut dia nampak la cantik siket. tehee.. :) sambil jahit mpat lima kali, korang tarik kain tu dan mainkan kedut dia supaya nampak cantik. last skali terus tarik dan akhirnya dia akan jadi bulat camni (kan dah kate benang yg tadi dok terkeluaq tu dah tersorok)


6) tu kire dah jadilah sunflower korang, tinggal lagi nak letak buttons.. :)


taraaaaa!!!!! dah siap dah... nak letak kat mana pulak ni?? hu..

till then semorang.. jumpa lagik!

Sunday, June 17, 2012

diy centerpieces

assalamualaikum crafters..

saya sedang sakit kepala, tadi dh sms si hatimanis kate nak tido sebab kepala saya sangat sakit. tapi alih-alih tak boleh tido langsung! huhu... so saya rasa macam nak apdet blog pulak. main rasa-rasa pulak ye? hehe...

jom kite tengok centerpiece yang saya buat untuk wedding saya aritu.

ini gambar sebelum dipacakkan dengan pinwheels
selepas diletakkan pinwheel as tag untuk meja makan rombongan
pink pinwheels :)

so..those who are wondering, if there is anybody at all. hehe... bekas bunga tu saya buat sendiri guna tin susu. ingat lagi, tangan saya sampai berdarah-darah terluka waktu proses buka dan basuh tin susu tu. sampai kena marah dengan abah. haha..

lepas tu saya wrap tin susu tu dengan wrapper yang ada gambar pinwheel. yes, again! gila pinwheel katenye! hehe.. untuk bagi tin tu nampak lebih cute, mulanya saya ikatkan dengan ribbon saje, tapi lepas tu macam tak best pulak. so saya cari doily warna pink. nasib jumpa. ngee... saya potong dua doily tu dan tampalkan keliling tin.

pinwheels tu pula saya buat guna double sided wrapping paper, tampalkan centernya dengan buttons, gluekan di lebihan lidi bunga telur yang saya buat aritu. sebenarnya saya ada attachedkan bubble speech yang tertulis "rombongan pengantin" kat pinwheel tu, tapi lupe nak snap gambarnya. -,-" apelaa...

akhir sekali, taburkan saje bunga dalam tin tersebut. hehe.. saya pilih dahlia dan small daisies sebab dahlia tu besar dan cantik. waktu proses menggunting tangkai bunga ni, saya tak jumpa cutter, saya buat guna gunting. gigih!! sampai gunting saya patah. hoho...

itu saje untuk kali ni, good day crafters! :)

sakit kepala saya belum baik niiii... :(

Thursday, May 24, 2012

crepe paper rosette

assalamualaikum crafters comel! :)

malam kelmarin saya dilanda kebosanan. eh, cemana sempat ada masa nk bosan pulak ni? bukan ada banyak keje ke? hehe.. sambil tengok tv, saya pegang pegang crepe paper yang saya tak tau nak buat ape. dan tetiba teringin pulak buat rosette. sebab haritu masa pergi kedai kraf, ternampak seorang pekerja kedai tu menggulung crepe paper jadik macam bentuk bunga rose untuk dijadikan bunga telur. waktu tu saya sangat segan nak tanya cara dia buat. hehe.. so saya tengok tengok kat pinterest, saya searchkan crepe paper flower. adalah jumpa yang lebih kurang macam kakak kedai tu buat.

jadi malam kelmarin saya pun gunting crepe paper tu dan main main gulung dia sambil tengok tv. hehe.. senang saje, guntingkan crepe paper tu lebih kurang selebar jari telunjuk panjangnya. lipat sedikit bahagian atasnya lebih kurang setengah inci dan akhirnya gululng dan gulung dan gulung sampai habis dan gamkan hujungnya.. (taip macam senaaaaang je kan?) hehe.. pecayalah, memang senang. tapi tak sempat tunjuk tutorial, tak ambik gambar proses, ambik gambar hasilan saje.. hasilnya, camni lah. :)


good day crafters! saya nak sambung mark exam paper sebelum bercuti kaweeeennnn!!!! hehe..

Thursday, May 17, 2012

guestbook cover

assalamualaikum crafters! :)

hari ni nak cerita pasal balut buku. wee..dah lama tak buat projek book cover. malam ni saya menyempatkan diri untuk siapkan satu book cover. as for book cover, i always tend to go for simple breathable look. maksudnya, saya suka buat yang ada ruang kosong. pada saya, nampak buku tu tak crowded dan tenang. ecewah.. hehe.. jom tengok!


oke, ini cover buku yang saya siapkan malam ni. sangat simple macam saya cakap tadi kan? :)


close up sikit so that boleh nampak embellishment yang saya letak. macam biasanya saya suka balut buku dengan cotton scrap. kali ni saya pilih brown polka dot. :)

tanya kenapa ada initial H & F tu? sebab.... ini wedding guestbook saya. hahaha!!!

ok, till then semorang, i love u... :)

assalamualaikum

Sunday, May 13, 2012

hand bouquet dan wedding card

assalamualaikum crafters!! selamat hari ibu ya... :) hari ni saya ada di kampung, awal pagi lagi emak dan abah dah keluar pergi lawat rumah orang meninggal, so tinggal saya kat rumah. disebabkan hari ni hari ibu, saye ambikla hati mak siket dgn mengemas tumah, membasuh baju dan memasak. kekeke... adakah sebelum ini semua perkara itu jarang dilakukan?? jeng jeng jeng...

 sebelum mak keluar dia ada pesan, hari ni tak payah keluar gi memana, siapkan apa-apa lagi kerja yang belum selesai. maksud beliau ialah persiapan majlis saya yang selalu saya tangguh tangguhkan itulah. hoho!!! dan akibatnya, saya pun gigih memotong ribbon untuk bunga telur dan menyiapkan finishing touch hand bouquet saya. yang brown pink untuk reception, yg brown gold untuk solemnization. okeh, ini bukanlah blog b2b, tapi craft ye! so reason saya sebenarnya ialah nak tunjuk final fabric hb saya yang saya dok canang canang sebelum ni tuuuu...haha! gedik! akhirnya siap jugak, alhamdulillah.. :)


sesungguhnya conform cap sirim saya tak ada bakat!!! grrrr!!!

 dan ini pulak display scrap page yang saya buat untuk diletakkan atas meja guestbook, just buat accessory je. lagipun, kad kahwin tu macam very nostalgic untuk saya. jadi saya rasa tak salah untuk saya buat camtu jadik kenangan sikeet..hehe..


saya sangat suka pink lace itu! hehe.. itu saje crafters, see you again kalau ada projek baru. kalau la.eceh.. 

assalamualaikum..

Sunday, April 22, 2012

cotton fabric hand bouquet

assalamualaikum crafters!

 kelmarin saya saja gulung-gulung kain cotton yang saya ada. dan akhirnya, terjadilah satu benda yang serupa seperti gambar di bawah ini. hehe.. another fabric hand bouquet! mungkin saya perlu buat beberapa lagi dan hiaskan dia betul2 supaya boleh digunakan *winkwink* jimat kos! tak sampai rm20 pun kos saya beli kain, dawai, glue dan lace ribbon. hehe..


saya gulung kain cotton tu sambil saya pintal/lipat dan gamkan setiap beberapa kali lipatan dengan glue gun. dan akhirnya ia akan membentuk macam bunga rose. jadiklah lebih kurang je pun fabric rosette saya tuh. huhu.. takpe saya percaya cuba sikit sikit lama-lama nanti baru jadi cantik. hehe.. kalau ada masa saya tutorialkan ye :)

itu saje.. assalamualaikum semua! :)

Wednesday, April 11, 2012

felt brooch pink coklat

assalamualaikum,

minggu lepas saya demam. so hari jumaat saya mc. petang khamis saya sudah pulang ke kampung. sepanjang hari jumaat, dalam demam demam tu, saya bosan ya amat! nasib baik saya angkut glue gun, felt and button balik ke kampung sekali, just in case. bebetul in case lah! hehe.. jadi saya isi masa lapang dengan buat brooch. sekejap je buatnya, dah dapat 30 biji.

maaf, kualiti gambar sangatlah tak memuaskan sebab kamera phone saje ni. dan phone saya pakai 3310 je. haha!! puas saya edit tau..hu..

pink ladies in action! :)

close up :)

lagi close up
ye, belikan saya kamera! kamera lama dah wassalamu. hihi..

Sunday, April 1, 2012

fabric hand bouquet

assalamualaikum..

ingat tak projek HB saya tu? dah ada hasilnya, tapi saya rasa  segan pulak. sebab yang saya buat tak jadik cantik macam orang lain punya, macam yang saya tengok kat internet. hehe.. percubaan pertama, saya redha saja. kahkah..

bismillahirrahmanirrahim...


er.. belasah sajalah...
saya tak kisah :)

Tuesday, February 28, 2012

fabric hand bouquet

assalamualaikum,
waktu saya jalan jalan di internet, saya came across this page about handmade hand bouquet: filmshortartifact. saaaangat cantiikk!!! jadinya saya secara tak sengaja telah berikrar untuk diy official HB saya sendiri! hoho..keputusan yang sangat berani di situ!!! ala, kalau tak jadi pun, at least i've tried. pastu kalau disaster, i can always run to the nearest florist. hehe.. ini ada sedikit contoh HB yang diorang buat gunakan laces, satin and cotton:

ohsocantek kaaannn???? :)
fb diorang di SINI, dan blog diorang klik SINI. berkat kejelesan saya, saya mula menjahit yoyo dan lace flowers saya sendiri untuk sekadar cubaan. dengan scrap fabric yang ada, i managed to accomplished some.


nanti bila dah siap my first imitation, versi saya, baru saya upload lagi ye? :) wish me luck, taking this baby step! <3<3

sending some love today
see you darling!

Saturday, February 25, 2012

kad farewell untuk sha

assalamualaikum,

a few more days, sorang dari housemate saya akan berpindah. so we made a small farewell party for her a little while ago. makan-makan, ketawa-ketawa and all the things that girls do together. hehe.. and i also made her this card for all of us to sign and write some nice wishes. :)


walaupun ada sedih, tapi saya sedikit happy sebab dia suka kad yang saya buat :}

Friday, February 24, 2012

gift bags

assalamualaikum,

hari penting dalam hidup saya dah tak lama lagi. macam macam sebenarnya yang saya tak buat. bila fikir, memang serabut. nak pulak bila saya dah buat keputusan untuk buat bunga telur dan gift bags sendiri, nak diy sendiri sahaja dgn harapan ianya akan jadi lebih personal kalau saya yang buat sendiri.. saya harap saya sempat siapkan semuanya. susah hati banyak banyak pun tak ada guna jugak kan. huhu.. hari ni nak kongsi sikit gift bags yang saya cadang nak bagi pada tetamu. setakat ni baru 200 je dah siap. baaaanyak lagi yang belum.huwa... doakan saya!!

memang sebenarnya saya imajinkan majlis yang sangat simple, tapi personal. saya ni jenis yang kurang gemar dengan majlis majlis yang mewah grand dan sebagainya. saya imajinkan majlis yang manis, santai, dan yang penting baaaaanyak diy craft supaya ianya nampak comel. hehe... jadi, saya anggap gift bag yang saya buat ni kena dengan apa yang saya impikan (walaupun saya tau takdelah cantik mana..)

bahannya cuma brown paper bag, doily, stamping, dan crepe paper. setelah saya kira-kira, kos untuk satu gift bag tu kurang dari 10sen! untuk sepuluh keping, kos saya baru lebih kurang 80sen! save budget betul!!! hehe... close up siket ye?

untung juga saya memang dah ada border and alphabet stamps tu. tinggal stampkan sahaja atas doily dan tampal atas brown paper bag. crepe paper saya buatkan riben kecil sebagai hiasan. cuma kerja stamping tu je yang letih sikit. hehe..

itu saje, see ya crafters!!