Friday, October 19, 2012

felt dan cotton fabric hand bouquets

assalamualaikum crafters..

minggu lepas saya buat dua hand bouquets. seriously, saya tak ada tempahan hb pun, entah kenapa hati rasa geddiiiikkkk sangat nak buat hb. hehe.. sebenarnya saya sangat teringin nak buat pearl hand bouquet. tapi saya belum jumpa masa nak keluar dan beli manik or pearls.. insyaAllah someday la.. so, meh saya kongsi hb yang saya buat weekend lepas.







ada satu lagi tempahan hb yang saya belum sempat siapkan untuk majlis kawan saya hujung november ni. dia request rolled roses guna chiffon + pearl dalam warna off white + silver. insyaAllah nanti dah buat saya apdet lain ye! :)

p/s : dua dua hb dalam gambar xde sape punya. ada yang nak? hehe..

Saturday, October 13, 2012

sirih junjung dalam pasu

assalamualaikum crafters!

minggu lepas saya dapat tempahan buat sirih junjung. memula tu memang rasa tak nak ambik sebab tak pernah buat pun. sirih junjung hantaran saya hari tu pun emak yang tolong buatkan. hehe..
tapi bila dia kata semua bahan dia bagi, saya fikir ok lah kot.. saya try.

tapi bila dah dapat brg, dia cuma bagi span, pasu dengan bunga. takde jarum peniti, lidi, pelilit bunga dan lain-lain barang yang perlu. soooo... saya macam agak kecewa juga, cemana nih??? last last buat je lah mana yang mampu dengan bahan yg scarce. cmni la jadiknya



ni waktu in progress, span bunga tu saya potong dua. satu saya biarkan empat segi, satu lagi saya potong bulat kecil. buat tower

last last jadik camni la. hehe..


ni view dari atas.

so... cmtu la hasil pertama kali saya buatkan sirih junjung orang nak bertunang.. :)

Monday, October 1, 2012

hand bouquet - printed cotton series

assalamualaikum, and good day crafters!

hb yang saya buat kali ni sebenarnya tak ada sesapa yang tempah pun.. tapi saya tengok macam agak banyak stok scrap printed cotton fabric saya yang kecik-kecik kat dalam kotak. tak besar pun kain percanya. semuanya adalah dalam saiz kecik sikit dari A4 paper. jadiknya saya terfikir baik saya jahitkan saje.

lepas jahit sunflower, mula mula ingat nak buat brooch. tapi glue gun dipinjam oleh kawan saya, jadiknya takde senjata nak gluekan pin pada bunga. so last resort saya cantumkan je terus dengan dawai, buat hb ajelah walaupun takde tempahan dah. hehe.. jadi inilah hasilnya..


sape nak? saya let go. harga negotiable. heheh... ni kalau pegang time nikah ke sanding ke pakai baju krim or putih or peach or pastel pink or light yellow mesti shuuuwwweeettt sangat!

yang ini pulak masih dalam progress. pun kerana saja2 buat sambil tengok tv..


haritu masa kahwin ada terfikir nak buat tema bilik warna pink kuning tapi tak jadik. petang tadi try match2 kan kain, rasa macam cun melecun pulak gabungan dua kaler ni. macam cotton candy. hehe.. oh ye, abaikan benang hijau takde kena mengena tersebut.

that's all for today folks! till then, take care! :)