Showing posts with label cotton. Show all posts
Showing posts with label cotton. Show all posts

Friday, October 19, 2012

felt dan cotton fabric hand bouquets

assalamualaikum crafters..

minggu lepas saya buat dua hand bouquets. seriously, saya tak ada tempahan hb pun, entah kenapa hati rasa geddiiiikkkk sangat nak buat hb. hehe.. sebenarnya saya sangat teringin nak buat pearl hand bouquet. tapi saya belum jumpa masa nak keluar dan beli manik or pearls.. insyaAllah someday la.. so, meh saya kongsi hb yang saya buat weekend lepas.







ada satu lagi tempahan hb yang saya belum sempat siapkan untuk majlis kawan saya hujung november ni. dia request rolled roses guna chiffon + pearl dalam warna off white + silver. insyaAllah nanti dah buat saya apdet lain ye! :)

p/s : dua dua hb dalam gambar xde sape punya. ada yang nak? hehe..

Monday, October 1, 2012

hand bouquet - printed cotton series

assalamualaikum, and good day crafters!

hb yang saya buat kali ni sebenarnya tak ada sesapa yang tempah pun.. tapi saya tengok macam agak banyak stok scrap printed cotton fabric saya yang kecik-kecik kat dalam kotak. tak besar pun kain percanya. semuanya adalah dalam saiz kecik sikit dari A4 paper. jadiknya saya terfikir baik saya jahitkan saje.

lepas jahit sunflower, mula mula ingat nak buat brooch. tapi glue gun dipinjam oleh kawan saya, jadiknya takde senjata nak gluekan pin pada bunga. so last resort saya cantumkan je terus dengan dawai, buat hb ajelah walaupun takde tempahan dah. hehe.. jadi inilah hasilnya..


sape nak? saya let go. harga negotiable. heheh... ni kalau pegang time nikah ke sanding ke pakai baju krim or putih or peach or pastel pink or light yellow mesti shuuuwwweeettt sangat!

yang ini pulak masih dalam progress. pun kerana saja2 buat sambil tengok tv..


haritu masa kahwin ada terfikir nak buat tema bilik warna pink kuning tapi tak jadik. petang tadi try match2 kan kain, rasa macam cun melecun pulak gabungan dua kaler ni. macam cotton candy. hehe.. oh ye, abaikan benang hijau takde kena mengena tersebut.

that's all for today folks! till then, take care! :)

Sunday, April 22, 2012

cotton fabric hand bouquet

assalamualaikum crafters!

 kelmarin saya saja gulung-gulung kain cotton yang saya ada. dan akhirnya, terjadilah satu benda yang serupa seperti gambar di bawah ini. hehe.. another fabric hand bouquet! mungkin saya perlu buat beberapa lagi dan hiaskan dia betul2 supaya boleh digunakan *winkwink* jimat kos! tak sampai rm20 pun kos saya beli kain, dawai, glue dan lace ribbon. hehe..


saya gulung kain cotton tu sambil saya pintal/lipat dan gamkan setiap beberapa kali lipatan dengan glue gun. dan akhirnya ia akan membentuk macam bunga rose. jadiklah lebih kurang je pun fabric rosette saya tuh. huhu.. takpe saya percaya cuba sikit sikit lama-lama nanti baru jadi cantik. hehe.. kalau ada masa saya tutorialkan ye :)

itu saje.. assalamualaikum semua! :)