Friday, August 10, 2012

sampul duit raya 2012

assalamualaikum crafters!

selamat memasuki fasa ke 3 ramadhan. semuaga mendapat keberkatanNYA ye? :)
hari ni kat sekolah ada masa terluang sikit sebelum balik, so saya pun gatal gatal tangan lipat kertas untuk mengelakkan diri sendiri dari doozed off. hehe.. saya buat sampul duit raya sendiri. sempat la pulak snap snap gambar kn.. so kire nak buat entri tutorial la ni kaedahnye..

1) sediakan bahan-bahan yg perlu. A4 paper warna kegemaran kamu, blade, doilies dan gam. itu je.

2) potong A4 paper kepada 2 bahagian dan kemudian lipat tiga pulak. gamkan bahagian yang bersambung lepas lipat tiga tadi.



3) lipatkan doily bulat kepada dua bahagian, dan gamkan di sampul menutup bahagian yang terbuka (mulut sampul tu)


4) biarkan doili bahagian atas sampul (tempat korang nak masukkn duit raya tu la) digamkan separuh sahaja, iaitu pada bahagian muka depan sampul. dia akan jadik camni

5) bahagian muka hadapan sampul duit raya berkenaan akan kelihatan seperti ini

6) bahagian belakangnya (tempat terbuka untuk korang isi duit raya) pulak nampak cemni


tadaaaa...dah jadik! hehe.. memang sengaja saya lukis bentuk love tu sebab nak bezakan mana satu penutup sampul yang boleh dibukak. nanti bila dah isi duit raya, bolehla korang letakkan gam sikit untuk seal dia terus.

tapi kan, pastu nanti bila dah dapat duit raya tu, bebudak koyak pulak sampul cantik ni. halahai....huhu, sedih! rasanya kalau saya letak disclaimer 'sila simpan atau pulangkan semula sampul' bole ke? hehe..

6 comments:

Unknown said...

gud idea... :)

Abu Bagi said...

ucapan selamat hari raya dia tak tulis lagi hehehehe

oh nama kertas biru tu doily rupanya, aku tak tahu..

YouSOF said...

Tak comel!

YouSOF said...

Tapi sangat² comel! Simple but cute! ;D


Dah kreatif, kreatif la jadinya..



Saya cuma print potong dan gam sampul duit raya sendiri.. Ok la kan hihi

Unknown said...

kreatif!!

Mashe said...

kretif nya