Wednesday, February 22, 2012

notebook cover


assalamualaikum..

entri cubaan yang pertama untuk craft blog yang baru saya tubuhkan. saya sangat berminat dengan craf. tetapi kawan-kawan di sekeliling saya tidak ada yang berkongsi kesukaan sama dengan saya. sebelum ni tak pernah tergerak pun nak mencuba untuk adakan blog craft ni. tapi bila fikirkan, mungkin ada mudahnya kerana dengan blog saya lebih senang dapatkan bahan-bahan craft disamping boleh bertukar idea dan pendapat, saya cuba. hasilnya, blog ini :)

masih banyak lagi yang saya perlu belajar tentang prosedur atau etika berada di dalam kelompok crafting blog. jujurnya saya memang sudah sedia ada blog lain, blog yang cuma menceritakan kisah-kisah biasa. terfiki juga, kalau saya buat satu craft blog, nak ke crafter lain terima saya dalam circle mereka? nak ke mereka jengukdan follow atau comment di blog saya? uhu.. saya sangat segan! lagipun saya tidaklah berbakat mana, sekadar baru mahu belajar-belajar. bukanlah berseni sangat macam orang lain..

tapi saya teringat kata-kata "if you are not willing to risk the unusual, you will have to settle for the ordinary." oh.. tak apalah, saya cuba!

to established crafters yang di luar tu, hari ini hari pertama saya ada craft blog. header pun entah apa-apa tu. nanti ada waktu lebih sedikit baru saya edit lain. sementara itu, gambar diatas adalah projek notebook cover yang saya buat. meh saya ceritakan sikit:

asalnya hanyalah buku free yang saya dapat waktu beli instant nescafe. ada masa lapang sedikit hari tu, saya bermula dengan balut biasa sahaja dengan wrapping paper. kemudian, lace merah itu saya dapat dari satu kedai jahit di Kompleks PKNS Shah Alam (saya dah lupa namanya, tapi dia di first floor berdepan escalator.) pink lace ribbon itu pula saya beli di Daiso. buttons tu sekadar lebihan dari craft lama yang masih ada dalam botol buttons. rhinestones saya beli di MPH. bunga dua kuntum tu asalnya ialah earings, dibuat daripada polyester felt. murah je, tiga set RM10 saya dapatkan di kedai ZING Sunway Pyramid. tapi saya bukan jenis pakai earing pun, so saje beli memang khusus untuk buat craft. hehe..

itu sajelah untuk entri pertama, bolehkan terima saya??
:)

5 comments:

syafiqakarim said...

hani,lawa la.
kreatif.kite tau kedai PKNS tu.selalu juga g sana.
hahah.skng ni craft da pemes.ramai org mula buat.
ada juga penah lepak2 blog dorg.aiseh :)
takpe,terus kan tahu!

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

waa.. boleh jahit seluar x? koyak la celah kelenkang ni.. hhehehe

hani said...

syafiqakarim | aah.. tu la pasal jeles dgn dorang2 yang dah femes tu. craft dorang cantek sgt sgt. huhu..


azroy kasim | meh bak sini kot boleh jait guna mesin.haha..

syakey said...

comelnyaa! :D

Cik Kiut said...

cikgu, sye tabik cikgu rajin bwat gift bag utk kenduri kawen// rse mcm nk tempah utk sye kawen dh besa nnt(hehe,jus kidding) ssangatlah simple n chantek ssuai ngan nme blog ni.. with love sye tulis ni