Sunday, July 15, 2012

tutorial : fabric sunflower

assalamualaikum semua...
hari ni saya tetiba ada perasaan teringin nak buat kanzashi flowers. tapi bila dah siap jahitkan semua kelopak, saya tak pandai nak pusingkan dia dan jadikkan dia berbentuk kelopak bunga tu.. senang cite saya tak pandai nak susun. hoho!!!
akhirnya, kanzashi saya jadik disaster dan saya pun mula menjahit sunflower ni.. pastu macam rajin gedik nak buat tutorial sikit. hehe... jom mula!

1) korang potong kain secara lurus sahaja lebih kurang lebar 2 inci. saya ukur pun, agak agak saje. panjangnye pulak boleh ikut selesa masing-masing. kalau nak kedut dia tu banyak, boleh lah korang potong panjang sikit..

2) pastu korang ambik belah yang terbalik (reverse side) kain tu dan libat dua. lipat sikit ke dalam dan jahitkan hujungnya macam dalam gambar ni. kalau korang ada mesin jait lagi best. saya jahit jeluhur saje, mesin jait saya kt kedai singer lagi T_T


3) pastu, dia akan jadi macam ni lah..


4) so dia akan jadi macam gelung la. seterusnya korang lipatkan ke dalam supaya dia jadik separuh dari saiz asal, macam ni. never mind la ada benang benang kain yang terkeluar tu, sebab nanti kite nak jahit dia, so dia akan tersorok.


5) jahit cantumkan bahagian yang korang lipat tadi (belah yang terkeluar benang tu. jahit jelujur sahaja. pastikan saiz jelujur tu lebih kurang sama la so that nanti kedut dia nampak la cantik siket. tehee.. :) sambil jahit mpat lima kali, korang tarik kain tu dan mainkan kedut dia supaya nampak cantik. last skali terus tarik dan akhirnya dia akan jadi bulat camni (kan dah kate benang yg tadi dok terkeluaq tu dah tersorok)


6) tu kire dah jadilah sunflower korang, tinggal lagi nak letak buttons.. :)


taraaaaa!!!!! dah siap dah... nak letak kat mana pulak ni?? hu..

till then semorang.. jumpa lagik!

2 comments:

aishah abu bakar said...

jalan2 sini. suka sgt bunga ni,nak try buat tapi kain2 yang comel2 and nak beli sikit2 susah dapat..

Dak Wizan Akbar Ali said...

nak satu boleh cikgu??